Perintah dalam fail kelompok Fail kelompok

echo

echo akan mencetak perkataan-perkataan selepasnya (yang dipisahkan dengan ruang kosong).Selalunya pada permulaan fail batch akan diletakkan @echo off. Tujuannya adalah untuk mengelakkan arahan-arahan dalam fail batch tersebut daripada dicetak pada cangkerang.Contoh penggunaan:

  @echo off  echo kata1 kata2 kata3 ... kataN

Arahan di atas akan mencetak kata1 hingga kataN sehinggalah barisan baru dibuat.

rem

rem sebenarnya hanyalah bertujuan untuk menulis komen. Singkatan untuk perkataan Inggeris remark. Baris ayat yang telah dipisahkan dengan ruang kosong selepas rem adalah komen (perkataan pertama hingga hujung baris).
Contoh penggunaan:

  @echo off   rem komen1 komen2 komen3 ... komenN

Tiada apa-apa hasilan yang akan dipaparkan dengan arahan ini kerana ia hanyalah komen yang tersembunyi. Namun, sekiranya @echo off tidak ditulis atau menulis @echo on pada permulaan fail, cetakan berikut akan terhasil:

  rem komen1 komen2 komen3 ... komenN

Kenyataan goto

goto mempunyai fungsi yang sesuai dengan maksudnya iaitu "pergi kepada". Kenyataan ini ditulis kemudian diikuti dengan nama label. Label boleh diletak di mana-mana yang perlu (mengikut masalah), goto akan menunjuk untuk pergi kepada label tersebut lalu melakukan perintah yang datang selepas nama label tersebut.
Contoh penggunaan:

  goto namaLabel  :namaLabel  rem beberapa arahan.

Kenyataan call

call digunakan untuk memanggil tatacara-tatacara tertentu. Simbol : ditulis selepas kenyataan ini bagi mununjuk nama tatacara.
Contoh penggunaan:

  call:TATACARA  rem beberapa arahan di sini.  goto:EOF
 :TATACARA rem beberapa arahan untuk tatacara ini. goto:EOF

Kenyataan goto:EOF bermaksud "pergi kepada penamat fail".